Pesta Buku Antarabangsa di PWTC

Pada 19 April 2009 (Ahad), pelajar Kesusasteraan Melayu bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/09 dijemput ke PWTC untuk membuat persembahan semperna “Pesta Buku Antarabangsa”. Persembahan ini diadakan bertujuan untuk mewarnai suasana pesta buku tersebut. Persembahan pada hari tersebut dibuka dengan tarian pembukaan oleh pelajar-pelajar Kesusateraan Melayu UPSI. persembahan diteruskan dengan persembahan Teromba oleh Yg. Berbahagia Prof Madya Dato Paduka Dr. Rosli Bin Saludin (Ketua Jabatan Kesusateraan Melayu, UPSI), nyanyian lagu Bahtera Merdeka oleh Yg. Berbahagia Dr. Talib Samad, persembahan puisi oleh MPP, lagu puisi, tarian Melanau dan tarian Kurik Kundi oleh pelajar Kesusateraan Melayu. Ini merupakan jemputan kali ke-2 yang disertai oleh Pelajar Kesusateraan Melayu bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar ke pesta tersebut.
terima kasih kerana sudi membaca