Watak dan Perwatakan
Kanang
- berketurunan Iban
- beragama Pagan
- dipelihara oleh datuk dan nenek selepas dihalau oleh ibunya
- menjadi tentera sebagai Iban Tracker
- berkahwin dengan Helen Latai dan dikurniai enam orang anak
- berpegang kuat kepada kepercayaan tradisi dan pantang larang
- bertanggungjawab terhadap keluarga dan negara
- jujur dan berdedikasi
- tentera yang berani dan sanggup berkorban untuk negara
Kapten Othman Abdul Hamid
- ketua kompeni yang bertanggungjawab
- berani menentang pengganas komunis
- bijak membuat perancangan
- dihormati oleh anak buahnya
Helen Latai
- isteri Kanang berbangsa Iban
- ibu dan isteri yang penyayang
- mengambil berat masalah suami
- pandai menyesuaikan diri sebagai isteri seorang tentera
Koperal Mohd Jamil
- Anggota Platun no. 8
- Berani dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara
Plot
Permulaan
Kanang dipelihara oleh datuk dan neneknya di kampung selepas dihalau oleh ibunya yang tidak tahan dengan kenakalannya
Perkembangan
Kanang melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk menyara hidupnya
Kanang menyertai angkatan tentera
Kanang berkahwin dengan Helen Latai dan mendapat enam orang anak
Perumitan
Anggota platun yang diketuai oleh Kapten Othman Abdul Hamid dalam misi mereka untuk menghapuskan sarang pengganas komunis di Perak
Klimaks
Kanang cedera parah ditembak oleh pengganas komunis dan dia tidak sedarkan diri hampir sebulan dan dirawat selama setahun.
Peleraian
Kanang dianugerahi PGB dan SP
Kanang bersara daripada angkatan tentera
Nilai dan Pengajaran
- Cinta akan tanah air – kita perlu sanggup berkorban demi mempertahankan negara tercinta. Kanang mempunyai semangat juang yang tinggi demi mempertahankan tanah air
- Keberanian – setiap orang harus berani berjuang menentang musuh negara. Kanang sedikit pun tidak berasa gentar apabila berhadapan dengan musuh
- Dedikasi – kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Kanang bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya hingga sanggup mengorbankan kepentingannya
- Ketabahan – kita perlu tabah mengharungi segala cabaran dan dugaan hidup. Kanang tidak pernah berputus asa walaupun kehidupannya melarat selepas berhenti daripada tentera
Latar Masyarakat
Percaya dan berpegang kuat pada adat
- Kanang percaya kepada mimpi
- Datuk mengamalkan ilmu memuja buaya
Disiplin tinggi dalam kalangan tentera
- masyarakat tentera tinggi disiplinnya seperti Kanang yang taat akan ketuanya
Masyarakat luar bandar yang miskin
- bekerja secukup hidup, menjala ikan, membawa bot dan lain-lain lagi
Semangat cinta akan negara
- tentera Malaysia sanggup berkorban untuk negara
Masyarakat asing yang prihatin akan pekerjanya
- Mr. Ford membantu Kanang dari segi kewangan walaupun ketika itu dia telah muflis
- Mr. Ford menulis surat sokongan kepada Kanang untuk memohon kerja sebagai Iban Tracker
Masyarakat Iban yang beragama Pagan
- mereka percaya akan kuasa yang membantu mereka dalam kesusahan
Masyarakat Iban yang mempunyai kemahiran mengesan sesuatu
- datuk Kanang menurunkan ilmu mengesan binatang/musuh kepada Kanang
- Iban Trackers ditubuhkan kerana orang Iban memang pandai menjejak
Masyarakat yang tahu menghargai jasa orang
- Kanang menerima pelbagai anugerah dan dinaikkan pangkat atas jasanya
- ketua dan rakan Kanang sedih atas bencana yang menimpa Kanang
Masyarakat yang pandai menyesuaikan diri
- keluarga tentera asyik berpindah-randah