Cikgu Mohd Hairie bin Abdullah
Guru Bahasa Melayu
SMK Air Molek
Guru Bahasa Melayu
SMK Air Molek
Pengenalan
- Soalan ringkasan disatukan dengan soalan pemahaman berdasarkan petikan yang sama , iaitu Bahagian A.
- Soalan ringkasan dikemukakan dalam Bahagian A (i) , manakala soalan pemahaman dikemukakan dalam Bahagian A (ii).
- Pelajar wajib menjawab kedua-dua soalan ini.
- Bahagian A memperuntukkan markah sebanyak 30 markah , iaitu Bahagian A (i) 20 markah dan Bahagian A (ii) 10 markah.
- Masa yang dicadangkan untuk menjawab kedua-dua bahagian ini ialah 40 minit.
Ringkasan (20 markah)
- Calon hendaklah membaca petikan dengan teliti dan mengenal pasti kata kunci atau fokus soalan
- Kemudian, tulis isi penting berdasarkan kehendak soalan.
- Isi ringkasan merupakan isi tersurat sahaja.
- Setiap isi perlu ditulis dalam satu ayat
- Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menghubungkan antara satu isi dengan satu isi yang lain.
- Calon tidak perlu membuat pengenalan dan kesimpulan dalam jawaban.
- Calon perlu mengolah isi-isi penting tersebut tanpa mengubah maksud asal petikan tersebut tanpa mengubah maksud asal petikan.
- Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Calon perlu menulis jumlah perkataan di bawah ringkasan tersebut.
Pemahaman (10 markah)
- Soalan pemahaman ialan Bahagian A (ii).
- Calon perlu menjawab soalan berdasarkan petikan yang sama dengan soalan ringkasan.
- Bacalah petikan itu dengan teliti dan fahami kehendak soalan.
- Tiga soalan berdasarkan petikan akan dikemukakan kepada calon.
- Soalan 1 yang memperuntukkan dua markah ialah soalan perbendaharaan kata. Calon mesti mengemukakan maksud frasa atau rangkai kata berdasarkan petikan .
- Soalan 2 ialah soalan pemahaman berdasarkan petikan yang memperuntukkan markah sebanyak empat markah. Jawaban bagi soalan ini boleh ditemui dalam petikan
- Soalan 3 yang memperuntukkan empat markah ialah soalan pemahaman yang memerlukan calon untuk memberikan pendapat atau penjelasan berdasarkan pemahaman terhadap petikan.
- Calon hendaklah menjawab setiap soalan dengan menggunakan ayat sendiri.
- Jawaban yang dikemukan hendaklah tepat , padat , dan berkaitan dengan soalan.