Indahnya KOMSAS

Sruktur karya yang kerap dikaji dan diuji semasa peperiksaan PMR dan SPM


1. Tema dan Persoalan

2. Watak dan Perwatakan

3. Plot: Binaan Plot dan Teknik Plot

4. Latar

5. Gaya Bahasa

6. Nilai dan Pengajaran


1. Tema dan Persoalan

a. Tema

Pokok cerita utama yang menjadi tunjang jalan cerita tersebut

b. Persoalan

Perkara-perkara kecil yang berhubung dengan tema

2. Watak dan Perwatakan

a. Watak

Perlaku dalam cerita tersebut (orang dan bukan orang)

1) Watak utama

2) Watak sampingan

3) Watak pipih

4) Watak protagonis

5) Watak antagonis

b. Perwatakan

Sifat luaran dan dalam perlaku (orang atau bukan orang) tersebut.

3. Plot

a. Binaan Plot

Unsur piramid (Permulaan - Perkembangan - Kemuncak- Peleraian)


a. Teknik Plot

1) Dialog (perbualan melebihi dua orang)

2) Monolog (perbualan seorang diri)

a. Monolog luaran

Percakapan sendirian yang dapat didengari

b. Monolog dalaman

Percakapan sendirian secara batin (dalam hati)

3) Konflik

a. Konflik luaran

Antara watak dengan watak / keadaan sekeliling

b. Konflik dalaman

Pertentangan dalam diri watak (hasad, dendam, benci)

4) Imbasan

a. Imbasan muka

Ramalan akan datang

b. Imbasan kembali

Peristiwa yang dikenang semula

5) Suspens (perasaan ingin tahu)

2. Latar (Latar belakang cerita)

a. Latar Masa

Masa dan waktu berlakunya peristiwa (pagi, petang, malam, zaman Jepun, esok, semalam, tahun lepas dan sebagainya)

b. Latar Tempat

Tempat peristiwa itu berlaku (di sungai, di kampung, di bandar, di rumah)

c. Latar Masyarakat

Keadaan masyarakat, cara masyarakat berfikir, cara hidup dan sebagainya

3. Gaya Bahasa

a. Gaya bahasa pengulangan

1) Aliterasi

a. Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris

b. Contoh : Ketika Kau Ketemu

2) Asonansi

a. Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris

b. Contoh : Panas usah membakar dada

3) Anafora

a. Pengulangan pada awal kata, ungkapan, baris atau rangkap yang diulang dalam sajak.

b. Contoh : Dalam sajak “Seuntai Kata Untuk Dirasa”

Sekarang singkirkan semua bicara

Sekarang kumpulkan tenaga raksasa

4) Epifora

a. Pengulangan pada akhir kata, frasa, pada baris terakhir

b. Contoh : Hai budak ini mana datang

Berani kau datang

5) Rima

a. Persamaan bunyi suku kata atau kata pada awal atau akhir

Contoh rima dalam pantun

b. Gaya bahasa perbandingan

1) Imejan

2) Metafora

a. Perbandingan secara terus tanpa menggunakan kata seperti umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya.

b. Konkrit – Abstrak

c. Contoh : api kemarahan, samudera hampa, lautan bayangan

3) Personafikasi

a. Bersifat perorangan (manusia) dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea atau hal-hal yang abstrak.

b. Contoh : daun kelapa melambai-lambai kehadiranku.

4) Simile

a. Perbandingan yang menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, bagai, ibarat, dan sebagainya.

b. Contoh : Senyuman Suzi manis bagai bunga mekar dijambangan harum.

c. Gaya bahasa pertentangan

1) Hiperbola

a. Bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan

b. Contoh : seribu lautan sanggup ku renangi, sejuta bintang sanggup ku lewati

2) Inversi

a. Ayat songsang biasanya dalam prosa klasik

b. Contoh : Sukalah baginda bukan suatu

3) Paradoks

a. Pertentangan yang nyata

b. Contoh : Dia kesepian dalam celahan manusia keramaian

Dia kedinginan dalam kota yang kepanasan

d. Gaya bahasa penyirnaan

1) Sinkof

a. Penyingkatan perkataan

b. Contoh : (tidak-tak, hendak-nak, sudah-dah)


2) Akronim

a. Singkatan suku kata

b. Contoh : Pawagam, cerpen

3) Diksi

a. (Bahasa Arab, bahasa Inggeris, bahasa Klasik dan bahasa selain bahasa Melayu)

b. Contoh : Nabi, Arakian, sebermulannya ceritera

4. Nilai dan Pengajaran

a. Nilai

Nilai murni atau nilai moral yang boleh diambil dalam sesebuah karya

1) Hormat menghormati

2) Kasih sayang

3) Bertanggungjawab

4) Bersimpati

5) Keadilan

6) Baik hati

7) Berdikari

8) Berhemah tinggi

9) Keberanian

10) Kebersihan

11) Kejujuran

12) Kerajinan

13) Kerjasama

14) Kesederhanaan

15) Kesyukuran

16) Rasional

17) Semangat bermasyarakat

18) Patriotik

b. Pengajaran (suatu perkara yang boleh dijadikan didikan atau teladan kepada pembaca).

1) Kita hendaklah…

2) Kita mestilah…

3) Kita haruslah…

4) Kita janganlah…


terima kasih kerana sudi membaca