Karangan Bahan Rangsangan

Pengenalan

  • Soalan yang diuji dalam Kertas 2, Bahasa Melayu (PMR) iaitu soalan Bahagian B
  • Satu item sama ada gambar, jadual, dan sebagainya diberikan sebagai bahan rangsangan untuk membantu murid menulis karangan
  • Murid dikehendaki menulis karangan berdasarkan maklumat yang terdapat pada bahan rangsangan tersebut.
  • Panjang karangan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
  • Markah yang diperuntukkan untuk soalan ini ialah 20 markah.

Tips Mengarang

  • Lihat bahan rangsangan yang dikemukakan dengan teliti.
  • Ketahui kehendak soalan.
  • Tulis karangan berdasarkan arahan soalan dan bahan rangsangan yang dikemukakan.
  • Olah setiap isi karangan dengan baik, menarik dan berkesan.
  • Karangan perlu mengandungi pendahuluan, 3 isi penting dan penutup (5 perenggan)
  • Gunakan kosa kata yang luas dan tepat serta ayat yang gramatis.
  • Murid digalakan memasukkan peribahasa dalam setiap perenggan atau sekurang-kurangnya satu peribahasa dalam satu karangan bahan rangsangan.
  • Murid disyorkan membina hanya 3 ayat bagi setiap perenggan agar jumlah patah perkataan tidak melebihi 120 patah perkataan.

terima kasih kerana sudi membaca