Kesilapan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri

Ia

Kesalahan

1) *Haizat membeli perabot baharu. Ia diperbuat daripada kayu jati.
2) *Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah sosial dalam kalangan remaja. Ianya dilakukan dengan menggunakan kaedah kaji selidik.


Ulasan
Kata ganti nama diri ia dalam ayat (1) hanya digunakan untuk manusia, bukan untuk binatang, benda, atau kata nama abstrak. Bentuk ianya dalam ayat (2) ialah bentuk yang salah kerana kata ganti nama diri ia tidak boleh digabungkan dengan kata ganti nama diri -nya.

Ayat yang betul.

1) Haizat membeli perabot baharu. Perabot itu dibuat daripada kayu jati
2) Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah sosial dalam kalangan remaja dan kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kaji selidik.








terima kasih kerana sudi membaca