Teknik Plot (Pahlawan Pasir Salak)

Permulaan/Eksposisi
Sewaktu tiba di Bandar Baru, perahu Pak Wan dan Lamin yang sarat dengan buah-buahan telah ditahan oleh anjing penjajah. Pak Wan dipukul kerana tidak membayar cukai yag dimintaoleh anjing penjajah tersebut. Deli telah membantu Pak Wan pulang ke rumah. Api kemarahan Pak Itam terhadap pihak Inggeris bertambah apabila anaknya Deli menceritakan peristiwa yang berlaku ke atas Pak Wan dan Lamin. Mereka berjanji untuk mempertahankan Kampung Pasir Salak daripada jatuh ke tangan penjajah.

Teknik Plot : Pemerian, dialog dan monolog


Perkembangan
Peristiwa kedatangan Inggeris ke Pasir Salak bagi membina pondok memungut cukai. Datuk Maharaja Lela yang mendapat tahu pembinaan pondok tersebut telah mengarahkan pondok tersebut dibakar. Pada waktu yang sama, Kampung Pasir Salak didatangi oleh orang dari Pulau Tiga iaitu Lamsah. Dia memberitahu penduduk Kampung Pasir Salak termasuk Datuk Maharaja Lela bahawa dia telah dipukul oleh orang Inggeris kerana tidak membayar cukai.

Teknik Plot : Pemerian, dialog, monolog dalaman dan imbas kembali


Klimaks/Kemuncak
Sewaktu Amat berkawal dengan Lamsah, dia mendapati bahawa pondok tempat dia berkawal telah terbakar. Ketika dia baru pulang dari membuang air dan mendapati Lamsah tiada di tempat berkawal di kampong tersebut. Datuk Maharaja Lela mengesyaki Lamsah telah membakar pondok tersebut dan juga merupakan tali barut Inggeris.

Teknik Plot : Pemerian, dialog, monolog dalaman, imbasan kembali, suspens dan imbasan muka


Peleraian
Serangan pihak Inggeris dapat dipatahkan oleh penduduk kampung Pasir Salak. Lamsah telah berjaya dibunuh.
Datuk Maharaja Lela menyuruh pendduk kampong bersiap sedia menghadapi serangan balas pihak Inggeris

Teknik Plot : Pemerian, dialog, monolog dalaman, imbasan kembali, suspens, dan imbasan muka.
terima kasih kerana sudi membaca