KEJORA 09

Kejohanan Olahraga Tertutup kali Pertama KEJORA 09 Piala Naib Canselor UPSI

Satu Kejohanan Olahraga Tertutup (KEJORA ’09) Piala Naib Canselor UPSI kali pertama akan diadakan pada 7 mac 2009 (Sabtu dan Ahad) yang lalu bertempat di padang UPSI. Kejohanan anjuran Exco Sukan dan Rekreasi MPP, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia Negeri Perak ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Aminah Binti Ayob, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris. Penyertaan kejohanan ini dibuka kepada seluruh warga kolej kediaman seperti Koleh Harun Aminurrasid, Kolej Ungku Omar, Kolej Za’ba, Kolej aminuddin Baki, Unit Kediaman Luar Kampus A dan Unit Luar Kampus B.
Antara objektif perlaksanaan kejohanan olahraga ialah dapat memperkenalkan sukan olahraga dalam kalangan warga UPSI di samping merapatkan tali silaturahim antara mahasiswa dengan pihak pentadbiran universiti. Ini selaras dengan motto KEJORA 09 pada tahun ini iaitu Persahabatan Melalui Sukan. Selain itu, KEJORA ’09 Piala Naib Canselor ini dapat memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa dalam mencungkil bakat dalam olahraga selain mencari bakat-bakat baru dalam olahraga sebagai langkah mewakili universiti dalam pertandingan sukan-sukan antara universiti.
Selain itu, kejohanan seumpama ini dapat memberi pendedahan awal kepada mahasiswa/i dalam menguasai ilmu kepegawaian dan pengedalian olahraga sebelum melangkah keluar ke dunia pendidikan di alam sekolah. Antara acara yang dipertandingkan dalam KEJORA 09 UPSI kali ialah:

• Rejam lembing (Lelaki dan Perempuan)
• Lontar peluru (Lelaki dan Perempuan)
• Lompat kijang (Lelaki dan Perempuan)
• Larian 100 m pecut (Lelaki dan Perempuan)
• Larian 200 m (Lelaki dan Perempuan)
• Larian 400 m (Lelaki dan Perempuan)
• Larian 800 m (Lelaki dan Perempuan)
• 4 x 100 m (Lelaki dan Perempuan)
• 4 x 100 m Jemputan lelaki dan perempuan
• Acara perbarisan kontinjen dari setiap kolej kediaman

Kejohanan kali ini menampilkan beberapa pingat dan piala yang menjadi rebutan seperti Piala Olahragawan Piala Naib Canselor UPSI 2009, Piala Olahragawati Piala Naib Canselor UPSI 2009 dan Piala Pusingan.
terima kasih kerana sudi membaca