Kenali Perjuang Bahasa SITC...



Zainal Abidin bin Ahmad atau Za’ba dilahirkan pada 16 September 1895 di kampung yang agak terpencil iaitu Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan. Lahir dalam keluarga yang mementingkan ilmu agama. Maka tidak hairanlah semasa berumur tujuh tahun, Za’ba telah khatam Quran sebanyak tujuh kali disamping boleh menghafal surah Yassin dan pandai berzanji.

Alam persekolahan Za’ba hanya bermula di Sekolah Melayu Batu Kikir ketika berusia 12 tahun. Tidak berapa lama kemudian, Za’ba ditukarkan semula ke Sekolah Melayu Linggi supaya dapat mendalami bahasa Arab dan ilmu agama.

Pada tahun 1915, Za’ba akhirnya berjaya menamatkan pendidikannya ke peringkat Senior Cambridge. Malah beliau merupakan anak Melayu Negeri Sembilan pertama yang mengambil masa 6 tahun untuk menamatka pelajarannya dari darjah 1 hingga ke peringkat Senior Cambridge.

Za’ba mula serius dalam kerjaya penulisannya semasa berkhidmat sebagai guru sementara di Johor Bahru pada tahun 1916. rencana pertama beliau diterbitkan oleh Utusan Melayu sebanyak 2 kali bertajuk “Temasya Mandi Safar di Tanjong Kling”.

Za’ba meneruskan kerjaya penulisannya dengan memperbaiki rencana agama yang pernah diterbitkan untuk dijadikan buku. Maka lahirlah buku agama sulungnya iaitu Umbi Kemajuan pada tahun 1932.

Pada tahun 1947, beliau bertugas sebagai pensyarah Bahasa Melayu di (University of Landon). Pada tahun 1953, beliau dilantik sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Melayu (JPM) Universiti Malaya di Singapura. Bersama Ungku Aziz, beliau mengunjurkan Penubuhan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya. Za’ba terus menduduki peperiksaan akhir kursus luar kampus Universiti of Landon dan berjaya memperolehi Sarjana Muda Sastera Kelas Kedua (Rendah) dalam usia 59 tahun.

Za’ba mendapat gelaran Pendeta dengan dipakaikan songkok secara rasmi dalam kongres Bahasa dan Kesusateraan Melayu Malaya Ketiga yang berlangung di Johor Bahru pada tahun 1956.

Pada tahun 1962, beliau bersetuju menerima Pingat Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri. Tan Sri (Dr.) Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau Za’ba kembali ke rahmatullah pada 23 Oktober 1973 semasa berusia 78 tahun. Negara amnya dan Negeri Sembilan khususnya kehilangan seorang budayawan ulung yang tiada tolok bandingnya dan sukar dicari pengantinya.

Salam Pimpinan Bitara
“Kenali UPSI”
“Sayangi Universiti Kita”
terima kasih kerana sudi membaca