Novel Tingkatan 2
Nota ini disediakan oleh Cikgu Mohd Hairie Bin Abdullah
Latar Masa
1) Abad ke-19, iaitu pada tahun 1875
Contoh:
Pertempuran di Bandar Tua berlaku pada 7 November 1875
2) Malam
Contoh :
Rombongan Birch yang tiba di Pengkalan Kampung Pasir Salak ketika tengah malam.
Latar Tempat
1) Warung Pak Itam di tebing Sungai Perak
Contoh :
Deli berlawan dengan wakil pihak Inggeris yang datang untuk memunggut cukai.
2) Di Tengah Sungai Perak
Contoh :
Birch dan orang-orangnya diserang oleh Seputum dan orang-orang kanan Datuk
Maharaja Lela.
3) Kubu di lereng bukit di Bandar Tua
Contoh :
Pertempuran pihak Inggeris dengan penduduk kampong Pasir Salak yang diketuai Datuk
Maharaja Lela.
Latar Masyarakat
1) Masyarakat kampung tradisi
Contoh:
Penduduk kampung yang masih mengamalkan cara hidup bergotong-royong dan
bersederhana.
2) Masyarakat Melayu yang menyebelahi masyarakat Inggeris
Contoh :
Mat Arshad dan Lamsah bekerja dengan pihak Inggeris
3) Golongan muda yang berjiwa raja
Contoh :
Deli, Akub, Lamin dan lain-lain bersemangat waja dalam menentang pencerobohan
pihak Inggeris
Gaya bahasa
1)Peribahasa
Contoh
Tali barut dan besar diri
2)Metafora
Contoh
Api kemarahan dan api semangat
3)Personafikasi
Contoh
1)Angin yang menyerbu sekali-sekala
2)Panasnya masih terik menikam badan
4)Hiperbola
Contoh
Matanya yang seolah-olah berapi
Nilai
1)Keberanian
Contoh
Deli berani menentang pihak Inggeris yang memiliki senjata yang lebih baik daripadanya.
2)Kesabaran
Contoh
Datuk Maharaja Lela meminta orang-orangnya supaya bersabar dan tidak bertindak terburu-buru.
3)Kerjasama
Contoh
Seluruh penduduk Pasir Salak bekerjasam membina pondok dan kubu untuk bertahan daripada serangan Inggeris
4)Kebijaksanaan
Contoh
Datuk Maharaja Lela bijak mengatur strategi peperangan dengan membina kubu di Bandar Tua
Pengajaran
1)Kita hendaklah sanggup berkorban mempertahankan tanah air daripada ancaman penjajah dan musuh
2)Orang bawahan hendaklah patuh akan arahan pemimpin
3)Kita janganlah mengadaikan maruah bangsa demi menjaga kepentingan peribadi
4)Orang-orang muda hendaklah menyokong perjuangan orang-orang lama demi kesejahteraan bersama.
* Cari contoh/ bukti bagi menyokong bukti pengajaran dalam novel Pahlawan Pasir Salak sebagai kerja rumah.