kata adjektif terbitan Tingkatan 2

Kata Adjektif Terbitan

1) Kata adjektif yang bergabung dengan imbuhan disebut kata adjektif terbitan.

2) Pengimbuhan kata adjektif terbahagi kepada tiga jenis, seperti yang berikut.

a. Imbuhan awalan

b. Imbuhan apitan

c. Imbuhan sisipan

a) Imbuhan awalan kata adjektif

i) se- (menunjukkan sama)

Aminul sepandai abangnya.

ii) ter- (menjelaskan keadaan perbandingan atau keadaan paling)

Gunung Kinabalu tertinggi di Asia Tenggara

b) Imbuhan apitan kata adjektif

i) ke…an

Sungguhpun Amira Nabillah lama menetap di London, dia masih berpegang kepada adat kemelayuan

c) Imbuhan sisipan kata adjektif

i) -el- (serak ~ selerak)

Jamuan selerak itu diadakan untuk meraikan kejayaan abang dalam peperiksaan

ii) -em- (gilang ~ gemilang)

Majlis perkahwinan Ramond itu sungguh gemilang

iii) -er- (kelip ~ kerlip)

Rumah Hakimi dihiasi lampu kerlip sepanjang bulan Syawal

iv) -in- (sambung ~ sinambung)

Drama yang bertemakan perpaduan itu sinambung daripada sebuah filem.

INGAT !!!

Kata penguat sekali tidak perlu digunakan apabila kata adjektif menerima imbuhan ter-

Azman tertinggi dalam keluarganya (BETUL)

Azman tertinggi sekali dalam keluarganya (SALAH)


terima kasih kerana sudi membaca