SEKILAS BERSAMA YB MENTEI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

DATUK SERI KHALED NORDIN


Rasanya sudah lama aku menyepi. Bukan menyepi seribu bahasa tetapi menyepi mencari impi. Kini aku kembali dengan wadah baharu. Wadah yang ingin dikongsi bersama. Alhamdullilah setelah akhirnya impian aku untuk bersama menteri dalam perbincangan meja bulat di UPSI menjadi realiti. Aku diminta untuk membentangkan KPI (Key Performance Indicator) yang telah aku capai setelah setahun menjadi YDP MPP UPSI. Dengan berkat usaha dan pengorbanan barisan MPP ku kahirnya kami berjaya melepasi KPI yang digariskan pada awal tahun selepas pembentukan kabinet MPP berlaku pada 8 November 2009. Sebanyak 2 program antarabangsa telah dijalankan, 5 peringkat di kebangsaan, 8 di peringkat negeri dan 10 di peringkat universiti. Program Khidmat Masyarakat di Kemboja yang telah kami jalankan pada bulan Julai 2009 telah mendapat pujian daripada YB. Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.



terima kasih kerana sudi membaca