Salam Maulidurrasul

“Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah”

1431 H / 2010 M

Oleh

Mohd Hairie Bin Abdullah

40 Kelebihan dan Faedah berselawat ke atas junjungan

Baginda Muhammad Rasullulah s.a.w

  1. Menjunjung perintah Allah subhanallahu ta’ala.
  2. Perkara yang sama dibuat oleh Allah swt kerana Allah swt juga berselawat ke atas Rasulullah saw walaupun maknanya berlainan.
  3. Perkara yang sama dibuat oleh para Malaikat kerana para Malaikat juga berselawat ke atas Nabi Muhammah saw walaupun maknanya berlainan.
  4. Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat.
  5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat.
  6. Ditulis baginya 10 kebajikan.
  7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan.
  8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikan doa itu ke langit
  9. Mendapat syafaat nabi
  10. Mengampunkan dosa
  11. Menyelesaikan masalah atau menghilangkan duka
  12. Membolehkan dekat dengan Nabi pada hari Qiyamat
  13. Boleh mengantikan sedekah bagi orang yang tidak sanggup
  14. Ditunaikan segala hajat
  15. Mendapat doa dari malaikat dan rahmat daripada Allah swt
  16. Membersihkan hati dan menyucikannya
  17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga
  18. Terlepas daripada huru hara hari Qiyamat
  19. Mendapat doa dan salam daripada Nabi
  20. Mengingat kembali perkara yang terlupa
  21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan bagi semua orang yang ada di majlis itu
  22. Menghilangkan kemiskinan
  23. Tidak termasuk di dalam golongan yang bakhil
  24. Terlepas daripada kutukan nabi “Hinalah orang yang disebutkan namaku disisinya tetapi dia tidak berselawat”.
  25. Menyenangkan jalan-jalan masuk ke syurga
  26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk
  27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji Allah swt
  28. Mendapat Nur ketika lalu di Titian (Sirat)
  29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar
  30. Mendapat pujian Allah swt disisi para malaikat
  31. Diberkatkan umurnya dan semua pekerjaannya
  32. Mendapat rahmat allah dan sentiasa dikasihi Allah swt
  33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap Rasullulah saw
  34. Allah swt dan Nabi saw bertambah kasih kepada kita
  35. Dapat petunjuk hati menjadi hidup
  36. Nama orang yang berselawat disebut disisi Nabi
  37. Menetapkan kaki di titian (Siratulmustaqim)
  38. Menunaikan sedikit haq Nabi dan bersyukur kepada Allah
  39. Termasuk daripada zikrullah mengingati Allah dan Rasulnya
  40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan dari Allah swt

Dari kitab Jilaul Aham

Susunan ibnu Qoyyim Al-Jauziah wafat paad 751 H

Dipetik daripada kitab maulid Ad-Daibai’ karangan Imam Ibnu Ad Daibai’

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan pada bulan Rabiulawal yang mulia ini untuk mengimarahkan bacaan mauled dalam memuji junjungan besar Syaidul Muhammad, Rasullialh saw. Antara bacaan mauled yang terkenal hingga kehari ini yang mempunyai banyak keberkataannya antaranya seperti

1) Maulid Daiba’ie

2) Maulid Al-Habsyi

3) Maulid Sharifil Anam

4) Maulid Al-Azab

5) Maulid Berzanji


terima kasih kerana sudi membaca