Penanda wacana dikenali sebagai perangkai ayat juga. Penanda wacana ini digunakan atau berfungsi untuk merangkaikan ayat dengan ayat yang lain untuk mendapat idea keseluruhannya. Yang berikut ialah senarai penanda wacana yang terdapat dalam bahasa Melayu baku:
Contoh penggunaan dalam ayat:
1. Setelah berusaha bersungguh-sungguh akhirnya Alif berjaya menyiapkan segala projek sekolah yang diberi oleh gurunya itu.
2. Shafiq telah ponteng kerja selama hampir tiga minggu tanpa sebarang sebab. Oleh itu, majikannya telah mengambil keputusan untuk memberhentikannya.
3. Amirul ke Subang pada sebelah pagi.Kemudian, dia akan ke Kelang pada sebelah petangnya.
4. Hairul mati dibaham harimau. Oleh sebab itu, mayatnya itu tidak perlu dimandikan kerana semua bahagian badannya telah berkecai.
5. Azree suka tidur pada waktu petang, lebih-lebih lagi kalau cuaca sejuk atau dingin.
6. Fahmi masih mahu meneruskan perniagaannya meskipun terdapat banyak persaingan.
7. Lutfi suka pulang lewat ke rumah. Oleh sebab itu, ibunya tidak membenarkannya keluar bersama-sama dengan kawan-kawannya