Novel Anak Din Biola


SINOPSIS

Novel ini mengisahkan kehidupan penghuni rumah anak yatim bernama Rumah Bonda di Bandar. Ianya didiami oleh kanak-kanak daripada pelbagai kaum dan peringkat umur.Rumah ini diuruskan oleh seorang penguasa bernama Pak Jais.PJ dibantu oleh seorang tukang jahit bernama Pak Man Tukang Jahit dan beberapa tukang masak yang diketuai oleh Pak Mat Tukang Masak. Salah seorang penghuni RB ialah Budiman . Dia berumur 14 tahun.Dia memiliki bakat bermain alat muzik biola. Mengikut ceritanya Budiman mewarisi bakat ayahnya Budin atau Din Biola yang terkenal di kota dan mempunyai ramai peminat. Pada satu hari Budiman telah mewakili bapanya menerima pingat iaitu Pingat Jasa Kebaktian (PJK)daripada sultan sebagai menghargai sumbangan arwah bapanya yang mengharumkan nama Negara khususnya dalam bidang muzik. Semasa memberi pingat tersebut sultan menasihatkan agar Budiman berusaha bersungguh-sungguh dan menjadi seperti ayahnya seorang penggesek biola terkenal. Selepas itu minat Budiman dalam permainan biola bertambah. Dia berazam untuk menjadi terkenal seperti ayahnya. Mulai saat itu dia mempelajari dan mendalami teknik bermain biola. Azamnya disokong oleh PJ dan kawannya Chong dan Chandran. Mereka sanggup menolong Budiman mencapai cita-citanya . Budiman seterusnya mendapat undangan bermain biola di beberapa majlis keramaian. Pada suatu hari Budiman mendaftar untuk menyertai satu pertandingan Bintang Biola Remaja. Dengan bantuan PJ dia mendapat peluang belajar bermain biola daripada sebuah sekolah muzik milik Datin Siti Norbayu. Sekolah itu bernama Sekolah Muzik Lagu Bayu. Selain itu Budiman juga mendapat pertolongan daripada murid arwah ayahnya iaitu Pak Wan Busu iaitu seorang buta yang tinggal berdekatan dengan Rumah Bonda. Berkat kegigihan tanpa mengenal jemu dan semangat tinggi yntuk mengharumkan namanya, akhirnya Budiman berjaya menjadi juara dalam pertandingan itu.Dia mengharumkan nama RB dan mendapat pengiktirafan sebagai seorang bintang biola daripada baginda sultan .

TEMA

Kegigihan dan semangat juang seorang remaja untuk mencapai cita-cita.

PERSOALAN

1) Masalah kemiskinan

kemiskinan boleh menyebabkan cita-cita seseorang itu tidak kesampaian ( Budiman hampir mengemis kerana mencari wang untuk membeli biola untuk menyertai pertandingan biola)

2) Kemiskinan menyebabkan seseorang dipandang rendah oleh orang lain (pertandingan biola disertai oleh peserta daripada golongan berada hinggakan Budiman didesak untuk menarik diri daripada pertandingan itu kerana dia miskin)

WATAK DAN PERWATAKAN

Budiman

- nama Budiman bin Baharudin

- berumur 14 tahun

- anak yatim piatu / tinggal di asrama Rumah Bonda

- memiliki keistimewaan semulajadi /pandai bermain biola

- rajin dan bersemangat ± mahu mendalami cara permainan biola

- sangat berminat dengan bunyi biola ± suka mendengar gesekan biola Pak Wan Busu

Pak Mat Tukang Masak

- semua kanak-kanak di asrama itu takutkannya kerana sifatnya yg garang dan panas baran

- banyak membuat perbuatan negative seperti tidak amanah , menyeludup barang , mengedar ganja

- memberi kesan tidak baik kepada anak-anak yatim di rumah bonda ± hampir kelaparan kerana kekurangan bahan makanan

TEKNIK PLOT

1) Dialog

a) Pak Jais memberitahu Budiman akan menerima Pingat Jasa Kebaktian oleh Sultan

b) Perbualan antara Pak Man Tukang Jahit dengan Budiman ketika Budiman mencuba baju Melayu yang akan dipakainya sebelum mengambil pingat bagi pihak arwah ayahnya

c) Pertengkaran antara Pak Mat Tukang Masak dengan Budiman ketika Pak Mat Tukang Masak memarahi Budiman yang berehat seketika selepas bekerja. Budiman yang geram akan Pak Mat, mengungkit peristiwa dia ternampak Pak Mat membawa biola pada waktu malam.

d) Perbincangan antara Budiman, Chong dan Chandra tentang cara untuk mendapatkan wang bagi membolehkan Budiman membeli biola

e) Budiman, Chong dan Chandra berbual-bual tentang masa depan mereka.

f) ´Siapa nama kamu?´ Dia bertanya. ´Nama saya Amran.´ Aku menjawab selamba. ´Kamu berasal dari mana?´ Dia bertanya lagi. ´Saya...saya berasal dari Terengganu.´ Aku menjawab sambil melemparkan senyuman.

2) Monolog dalaman

a) Budiman terkenangkan kampung halamannya, Kampung Tiga semasa dalam perjalanan ke Petaling Jaya untuk menerima pingat

b) Budiman berfikir berseorangan pada waktu malam lantas teringatkan Lina yang mungkin sedang tidur.

3) Pemerian

a) Suasana di Rumah Bonda ketikan gotong-royong diadakan

b) Rumah usang itu terletak di tepi pantai. Rumah tua itu benar-benar telah tua dan hampir roboh dipukul ombak.

4) Monolog

Peristiwa Budiman terjerit-jerit ketika bermimpi

5) Teknik imbas kembali

Pak Man Tukang Jahit menceritakan kisah Pak Mat Tukang Masak yang menipu tauke kedai buku untuk mendapatkan wang hasil jualan buku bapa Budiman

6) Teknik imbas muka

a) Mak Yah atau Supiah berpesan kepada Budiman dan anak-anak yatim di situ agar memasak makanan sendiri supaya dapat berjimat kerana belanja makan di kedai mahal

b) Budiman telah mengimbas perkara-perkara yang akan berlaku terhadap dirinya selepas bergelar juara termasuk terpaksa belajar bahasa Jepun kerana akan melanjutkan pelajaran ke sana dalam bidang muzik.

7) Saspens

a) Semasa menunggu keputusan pemenang, Budiman dan semua penonton termasuk Datin Siti Norbayu berdebar-debar. Pembaca tertanya-tanya mampukah Budiman menjadi juara kerana jika Budiman menang, Rumah Bonda akan menjadi masyhur.

b) Budiman ditangkap oleh Pak Mat Tukang Masak ketika cuba melarikan diri dari Rumah Bonda. Pembaca tertanya-tanya adakah rahsia Budiman akan dibongkar.

c) Peristiwa Budiman diculik dan ditahan oleh Pak Mat Tukang Masak dan kumpulannya. Pembaca tertanya-tanya kerana Budiman tahu bahawa kumpulan itu merupakan kumpulan penagih dadah.

NILAI-NILAI MURNI

· Baik hati ± Datin Siti Norbayu membantu Budiman

· Keberanian ± Budiman berani menghadapi ugutan Pak Mat Tukang Masak

· Setia kawan ± Budiman, Chong dan Chandra

· Kerajinan ± Budiman rajin bermain dan berlatih menggesek biola

Reads:

401

Uploaded:

10/04/2010

Category:

Uncategorized.

Rated:

Copyright:

Attribution Non-commercial

Attribution_noncommercial

peristiwa anak

PENGAJARAN

- kita hendaklah membantu orang yang susah dan yang memerlukan bantuan

- kita hendaklah menjauhi perbuatan rasuah

- janganlah menindas golongan lemah

- kita ditegah mencuri hak orang lain

- kita hendaklah bersifat amanah

- kita hendaklah mengenag jasa orang yang berbakti kepada negara

- bertekad dengan sepenuh hati untuk mencapai cita-cita


terima kasih kerana sudi membaca