Pantun Empat Kerat (Muafakat)

MAKSUD PANTUN

Rangkap

Maksud

1

Sesuatu perkara yang dilakukan bersama-sama akan membawa kejayaan.

2

Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat.

3

Kerjasama antara penduduk akan melahirkan kehidupan yang bahagia.

4

Apabila masyarakat bermuafakat lahirlah negara yang aman dan sejahtera.

5

Sikap saling mempercayai adalah asas untuk melahirkan permuafakatan yang berkekalan.

6

Sikap toleransi dan saling menghormati amat penting untuk mengukuhkan perpaduan.

TEMA

Hidup bermuafakat menjamin kesejahteraan.

PERSOALAN

i. Kepentingan amalan bergotong-royong.

Contoh :

Bergotong-royong penduduk sekampung,

Hidup muafakat, hidup bahagia.

ii. Sikap saling mempercayai asas permuafakatan.

Contoh :

Percaya-mempercayai asas berpegang,

Barulah muafakat kekal selamanya.

iii. Sikap toleransi mengukuhkan perpaduan.

Contoh :

Bertolak-ansur hormat-menghormati,

Mengukuh perpaduan, ikatan muafakat.

BENTUK

i. Mempunyai 6 rangkap.

ii Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.

iii Dua baris di atas merupakan pembayang dan dua baris di bawah merupakan maksud.

iv Jumlah perkataan antara 3 hingga 4 perkataan sebaris.

Contoh: ke lurah sama diharungi. (3 perkataan – rangkap 1)

Contoh: indah sungguh warna pelangi. (4 perkataan – rangkap 1)

v Terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata sebaris.

Contoh: ke/ lu/rah/ sa/ma/ di/ha/ru/ngi/ ( 9 suku kata – rangkap 1)

Contoh: per/ca/ya/ mem/per/ca/ya/i/ a/sas/ ber/pe/gang/ (13 suku kata – rangkap 5)

vi Rima akhir abab.

GAYA BAHASA

i. Asonansi – Pengulangan vokal a

Contoh: usaha bersama membawa bahagia.

ii Aliterasi – Pengulangan konsonan k

Contoh: kulitnya keras isinya kelat

iii Anafora: Pengulangan perkataan ‘bulat’ pada awal baris

Contoh: Bulat air oleh pembetung

Bulat manusia oleh muafakat

iv. Peribahasa

Contoh: Bulat air oleh pembetung

Bulat manusia oleh muafakat

v. Repitisi – Pengulangan perkataan ‘hidup’ dalam satu baris.

Contoh: Hidup muafakat hidup bahagia

vi. Inversi – Pembalikan kata

Contoh: bergotong-royong penduduk sekampung sepatutnya penduduk sekampung bergotong-royong

vii Unsur alam

Contoh: Tumbuhan - kangkung, bunga melati

Alam – paya, sawah padi

NILAI

i. Nilai bekerjasama .

Amalan bermuafakat dan bekerjasama dalam kalangan penduduk kampung

melahirkan kehidupan yang sejahtera. Contoh :

Andai seluruh masyarakat muafakat,

Negara damai, rakyat sejahtera.

ii. Nilai semangat bermasyarakat.

Masyarakat yang percaya mempercayai akan dapat mengukuhkan

perpaduan. Contoh :

Percaya-mempercayai asas berpegang,

Barulah muafakat kekal selamanya.

iii. Hormat-menghormati.

Masyarakat yang saling menghormati dapat memperkukuhkan perpaduan.

Contoh :

Bertolak-ansur hormat-menghormati,

Mengukuh perpaduan, ikatan muafakat.

PENGAJARAN

i. Kita haruslah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Contoh :

Ke lurah sama diharungi,

Usaha bersama membawa bahagia.

ii Kita hendaklah saling mempercayai antara satu sama lain.

Contoh :

Percaya-mempercayai asas berpegang,

Barulah muafakat kekal selamanya.

iii Kita perlulah saling menghormati dalam kalangan masyarakat.

Contoh :

Bertolak-ansur hormat-menghormati,

Mengukuh perpaduan, ikatan muafakat.


terima kasih kerana sudi membaca