Pantun Nasihat (Bersatu Hati)


MAKSUD PANTUN

Rangkap

Maksud

1

Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika dillakukan secara bersama-sama.

2

Pesanan untuk gadis supaya pandai menjaga diri demi menjamin keselamatan diri.

3

Sesuatu perkara yang dilakukan mengikut hawa nafsu akan merosakkan diri sendiri

4

Pesanan kepada generasi muda agar menjaga tutur kata kerana ketelanjuran kata akan memberi padah kepada diri.

5

Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya tidak terpesong.

6

Tatasusila perlu dijaga dalam pergaulan.

TEMA

Nasihat - menasihati sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

PERSOALAN

i. Permuafakatan akan memudahkan sesuatu pekerjaan. Hal ini amat penting kerana dengan adanya muafakat kerja yang sukar akan menjadi mudah.

Contoh:

Jikalau semua bersatu hati,

Kerja yang payah menjadi senang.

ii. Kepentingan menjaga maruah diri. Nasihat ini sebagai panduan kepada setiap gadis supaya menjaga maruah diri kerana maruah diri sesuatu yang amat berharga.

Contoh:

Kalau gadis ingin selamat,

Jangan murah menjual diri.

iii. Amalan bertutur kata dengan sopan. Hal ini amat penting kepada setiap insan kerana ketelanjuran kata-kata akan menyebabkan diri sendiri menerima padahnya.

Contoh:

Wahai pemuda hendaklah ingat,

Kerana mulut badan binasa.

iv. Adab dalam menuntut ilmu. Setiap ilmu yang dituntut perlulah secara berguru agar kesahihan ilmu tersebut dapat dipastikan.

Contoh:

Hendaklah banyak menghadap guru,

Supaya terang jalan makrifat.

BENTUK

  1. Bentuk terikat.

  1. Mempunyai 6 rangkap.

  1. Mempunyai 4 baris dalam satu rangkap

  1. Baris 1 dan 2 merupakan pembayang dan baris 3 dan 4 merupakan maksud.

  1. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 patah perkataan.

Contoh : Jangan ikut hawa nafsu (4 perkataan – rangkap 3)

Contoh : Kerja yang payah menjadi senang (5 perkataan – rangkap 1)

  1. Suku kata 8 hingga 11 suku kata dalam satu baris.

Contoh : ja/ngan/ i/kut ha/wa naf/su (8 suku kata - rangkap 3)

Contoh : ji/ka/lau se/mua ber/sa/tu ha/ti (11 suku kata - rangkap 1)

  1. Rima akhir abab.

GAYA BAHASA

I. Asonansi – Pengulangan vokal u

Contoh: Nyiur muda dibuat pengat

ii. Aliterasi - Pengulangan konsonan g

Contoh: Sungai Pahang sama direnang

iii. Peribahasa

Contoh: kerana mulut badan binasa.

iv. Repitisi

Contoh: bunga melati bunga pandan.

v. Unsur alam

contoh: nyiur muda

NILAI

i. Nilai bekerjasama. Sesuatu kerja yang sukar pastinya akan menjadi lebih mudah

apabila wujudnya semangat kerjasama dalam masyarakat.

Contoh:

Jikalau semua bersatu hati,

Kerja yang payah menjadi senang.

ii. Nilai kebijaksanaan. Seseorang itu perlu bijaksana menjaga diri agar tidak

terjebak dalam perkara yang tidak elok.

Contoh:

Jangan ikut hawa nafsu,

Kelak nanti binasa badan.

iii. Nilai berbudi pekerti. Setiap insan hendaklah bergaul mesra dengan tertib dan menjaga tutur kata agar diri tidak merana disebabkan ketelanjuran kata-kata.

Contoh:

Tidak salah bergaul mesra,

Tatasusila perlu dijaga.

PENGAJARAN

i. Kita perlulah bekerjasama ketika melakukan sesuatu kerana kerja yang sukar akan menjadi mudah dengan adanya muafakat.

Contoh:

Jikalau semua bersatu hati,

Kerja yang payah menjadi senang.

ii. Kita hendaklah berfikir secara bijaksana sebelum melakukan sesuatu kerana kesilapan dalam bertindak akan memberi kesan kepada diri.

Contoh:

Jangan ikut hawa nafsu,

Kelak nanti binasa badan.

iii. Kita hendaklah menjaga budi pekerti dan tutur kata dalam pergaulan kerana ketelanjuran tingkah laku akan menyebabkan diri menerima kesannya.

Contoh:

Tidak salah bergaul mesra,

Tatasusila perlu dijaga.


terima kasih kerana sudi membaca