Watak dan Perwatakan (Novel Pahlawan Pasir Salak)

Cikgu Mohd Hairie Bin Abdullah

Nota 2 S

SMK SERI SELAYANG

Watak

Watak Utama ialah Deli

Watak sampingan Datuk Maharaja Lela, Seputum, Pak Itam, Pandak Endut, Mamat, Lamsah, Pak Wan dan Arshad

Perwatakan

Deli

v Anak tunggal Pak Itam dan Mak Mah

v Usianya dalam lingkungan belasan tahun

v Dia rajin membantu ayahnya berniaga di warung kopi

v Dia seorang yang taat kepada perintah Tuhan

v Berjiwa pahlawan dan cekap bermain senjata

Datuk Maharaja Lela

v Penghulu kampung Pasir Salak

v Beliau adalah pemimpin yang berani, gagah dan bertanggungjawab

v Beliau tidak bertindak secara terburu-buru dan dapat mengawal emosi

v Beliau bijak mengatur strategi. Buktinya beliau menyerang Residen Birch sewaktu perahunya berada di tengah-tengah sungai.

v Beliau yakin akan kebolehan dan kemampuan diri sendiri

Pak Itam

v Ayah Deli dan suami kepada Mak Itam

v Pekerjaannya berniaga di warung

v Beliau berani dan bersemangat patriotik

v Penyabar dan berfikiran matang

v Dilantik menjadi ketua pasukan yang berkubu di tepi sungai

Mamat

v Lelaki berbangsa Melayu dan bekerja di Bandar Bharu

v Berani dan sanggup menanggung risiko

v Dia menyampaikan maklumat tentang rancangan Inggeris hendak membina pondok memunggut cukai dan kedatangan Residen Birch untuk menampal surat kenyataan cukai

Pak Wan

v Bapa saudara lamin yang berjiwa patriotic dan pantang menyerang kalah.

v Beliau telah membina pondok kawalan bersama-sama anak-anak muda untuk menjaga keselamatan kampung secara bergilir-gilir.

Seputum

v Rajin dan berjiwa pahlawan. Dia telah membunuh Residen Birch.

Mat Arshad

v Pengkhianat Negara. Bekerja sebagai jurubahasa orang Inggeris. Digelar anjing penjajah, kaki bodek dan kaki ampu

Pak Endut

v Penduduk Pasir Salak yang berjiwa pahlawan

v Dia telah membunuh Mat Arshad ketika Mat Arshad hendak menampal surat kenyataan yang membenarkan Inggeris memungut cukai di Pasir Salak.


terima kasih kerana sudi membaca