Teknik Menjawab Ringkasan dan Pemahaman Teks PMR


Cikgu Mohd Hairie bin Abdullah
Guru Bahasa Melayu
SMK Air Molek


Pengenalan

  • Soalan ringkasan disatukan dengan soalan pemahaman berdasarkan petikan yang sama , iaitu Bahagian A.
  • Soalan ringkasan dikemukakan dalam Bahagian A (i) , manakala soalan pemahaman dikemukakan dalam Bahagian A (ii).
  • Pelajar wajib menjawab kedua-dua soalan ini.
  • Bahagian A memperuntukkan markah sebanyak 30 markah , iaitu Bahagian A (i) 20 markah dan Bahagian A (ii) 10 markah.
  • Masa yang dicadangkan untuk menjawab kedua-dua bahagian ini ialah 40 minit.

Ringkasan (20 markah)

  • Calon hendaklah membaca petikan dengan teliti dan mengenal pasti kata kunci atau fokus soalan
  • Kemudian, tulis isi penting berdasarkan kehendak soalan.
  • Isi ringkasan merupakan isi tersurat sahaja.
  • Setiap isi perlu ditulis dalam satu ayat
  • Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menghubungkan antara satu isi dengan satu isi yang lain.
  • Calon tidak perlu membuat pengenalan dan kesimpulan dalam jawaban.
  • Calon perlu mengolah isi-isi penting tersebut tanpa mengubah maksud asal petikan tersebut tanpa mengubah maksud asal petikan.
  • Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Calon perlu menulis jumlah perkataan di bawah ringkasan tersebut.

Pemahaman (10 markah)

  • Soalan pemahaman ialan Bahagian A (ii).
  • Calon perlu menjawab soalan berdasarkan petikan yang sama dengan soalan ringkasan.
  • Bacalah petikan itu dengan teliti dan fahami kehendak soalan.
  • Tiga soalan berdasarkan petikan akan dikemukakan kepada calon.
  • Soalan 1 yang memperuntukkan dua markah ialah soalan perbendaharaan kata. Calon mesti mengemukakan maksud frasa atau rangkai kata berdasarkan petikan .
  • Soalan 2 ialah soalan pemahaman berdasarkan petikan yang memperuntukkan markah sebanyak empat markah. Jawaban bagi soalan ini boleh ditemui dalam petikan
  • Soalan 3 yang memperuntukkan empat markah ialah soalan pemahaman yang memerlukan calon untuk memberikan pendapat atau penjelasan berdasarkan pemahaman terhadap petikan.
  • Calon hendaklah menjawab setiap soalan dengan menggunakan ayat sendiri.
  • Jawaban yang dikemukan hendaklah tepat , padat , dan berkaitan dengan soalan.

terima kasih kerana sudi membaca