Fragmen Sebuah Kehidupan (Shamsudin Othman)

Maksud Sajak

Rangkap

Maksud

1

Dadah ialah musuh utama negara. Hal ini kerana dadah merosakkan jiwa manusia dan telah membunuh banyak nyawa.

2

Akibat penyalahgunaan dadah ramai telah gagal dalam bidang masing-masing. Antaranya, negarawan, seniman, ahli sukan, peniaga, sasterawan, ahli akademik dan pejuang.

3

Dadah meracuni hidup manusia sejak dahulu tanpa mengira sesiapapun tanpa diduga. Dadah telah meracuni manusia. Dari sudut sejarah, kejatuhan kota Melaka dan kota-kota lain di dunia adalah kerana dadah sehingga menghancurkan sebuah tamadun bangsa dan negara.

4

Penyair berdoa kepada Tuhan agar diberi kekuatan iman untuk menghadapi hidup mendatang yang penuh dengan dugaan dan cabaran demi mengejar cita-cita dan demi kemajuan negara.

5

Penyajak menyeru agar generasi kini memilih jalan yang betul dan bukannya jalan yang salah. Hal ini kerana masih banyak perkara yang perlu kita lakukan.

Tema

Dadah musuh negara. Dadah memberi kesan yang buruk kepada individu, masyarakat dan negara.

Persoalan

i. Kemusnahan negara bangsa akibat dadah. Kemajuan sesesuah negara tidak akan tercapai akibat penyalahgunaan dadah.

ii. Kesedaran bahawa penyalahgunaan dadah akan membawa kesengsaraan. Dadah menyebabkan penderitaan kepada individu yang menyalahgunakannya.

iii. Impak penyalahgunaan dadah. Banyak impak yang menimpa diri penagih disebabkan penyalahgunaan dadah.

iv. Kepentingan membangunkan negara. Masyarakat yang bebas daripada dadah dapat membangunkan negara.

v. Kekuatan iman dalam menangkis cabaran. Iman yang kukuh mampu mengelakkan diri seseorang daripada pengaruh dadah.

Bentuk

i. Bebas.

ii. Terdapat lima rangkap.

iii. Baris-baris ayat dan rima akhir

· Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.

· Rangkap 2 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaaaaaaa.

· Rangkap 3 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabaca.

· Rangkap 4 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abcdaee.

· Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcc.


Gaya Bahasa

i. Anafora

Contoh : adalah dadah itu.


ii. Kata Ganda

Contoh : bertahun-tahun.

iii. Sinkope

Contoh : kau.

iv. Metafora

Contoh : lorong hidup.

v. Inversi

Contoh : angkara dadah telah mati seorang angkasawan.

vi. Aliterasi – pengulangan konsonan ‘g

Contoh : maka seorang pujangga pun berkata.

vii. Asonansi – pengulangan vokal ‘e

Contoh : seperti tercatat dalam sejarah.

Nilai

i. Nilai kegigihan

Contoh: Gigih mengejar cita-cita untuk memajukan negara.

ii. Nilai rasional

Contoh: Jauhi dadah yang menjadi musuh negara.

iii. Nilai keimanan

Contoh: Menjalani kehidupan dengan berbekalkan keimanan.

iv. Nilai cinta akan tanah air

Contoh: Tidak mahu negara hancur kerana dadah.

v. Nilai bertanggungjawab

Contoh: Menentukan arah kehidupan yang dipilih ialah jalan yang benar.

Pengajaran

i. Kita hendaklah menjauhi najis dadah yang merupakan musuh negara.

ii. Kita hendaklah menguatkan iman di dada dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup.

iii. Kita perlulah gigih berusaha dalam mengejar cita-cita.

iv. Kita mestilah menjadikan sejarah kemusnahan negara sebagai pengajaran.

v. Kita hendaklah memilih haluan kehidupan yang benar.


terima kasih kerana sudi membaca